Go to content Go to menu
 


Picture

KOMPLEKS TUNAS ISLAM MEMERLUKAN SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN

Assalamualaikum salam ukhwah kepada semua pemantau pemantau WEB. Kami piahak pengurusan KOMPLEKS TUNAS ISLAM (KTI) MERAYU MEMOHON JASA BAIK ANDA SEMUA MEMBANTU kami dalam usaha menjalankan kerja kerja kebajikan.Asrama anak-anak yatim Bachok (persendirian) didaftarkan dengan rasmi sebagai KOMPLEKS TUNAS ISLAM. Asrama ini adalah percuma kepada anak-anak yatim. Persediaan termasuk tempat tinggal, makanan serta persekolahan. Sekarang hanya menyara sejumlah kecil anak-anak yatim lagi miskin, kini merancang kepada pembesaran. Berhajat untuk menampung sehingga 100 orang anak asuhan.Tujuan KOMPLEKS TUNAS ISLAM didirikan adalah bertujuan untuk membela nasib anak yatim daripada terbiar dan mengelakkan dari individu itu terjebak dengan gejala sosial. KTI ini didirikan di atas tanah hamba ALLAH yang bermurah hati mewakafkan tanah beliau kepada pihak pengurusan PERKATA, PERKATA ialah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan pembinaan KTI. Di KTI pihak kami akan mendidik bukan sahaja akademik malah hal-hal agama juga dititik berat. Anak-anak yatim yang sekarang hanyalah berasal daripada setempat buat masa ini.Sebagai menampung sebahagian perbelanjaan, pihak pengurusan asrama memutuskan untuk membuat jualan wakaf lot lantai bangunan di LOT 102, Kg AUR,MUKIM TELONG,BACHOK,KELANTAN. Harga jualan adalah ditetapkan RM40 sekaki persegi. Perancangan juga termasuk membina projok penanaman sayuran,dan kolam ikan air tawar. Projek ini bertujuan adalah untuk jana pendapatan jangka masa panjang. Anggaran keseluruhan pembangunan adalah RM550,000, dijangka siap pada penghujung tahun 2015.Kepada sesiapa yg ingin turut serta menyumbang dalam pembesaran ini boleh menggunakan no akaun dibawah:Akaun CIMB unit dana kami :0828-0004178-527, 0602-1491579-520.
REBUTLAH SAHAM DI AKHIRAT INI, PAHALA SEDANG MENCARI ANDA.

 

PROFIL PENGASAS PERKATA/KTI
NAMA: USTAZ AZHAR AL-HAFIZ
ASAL: PASIR PUTIH
TARAF PENDIDIKAN: UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR.
BELIAU Juga pernah mengajar di pusat-pusat tahfiz di MALAYSIA dan juga pernah mengajar di pondok-pondok agama dan Al-Quran. Beliau merasa amat sedih apabila beliau tengok anak yatim yang terbiar, mulanya hanya seorang lama-kelaan jumlah mereka meningkat, beliau pun ambil keputusan demi nasib Anak-anak yatim islam terpelihara beliau menyuarakan hasrat beliau di musyuarat JKK kampung. ALLAHAMDULALLAH ahli JKK telah melulukan dan ada seorang HAMBA ALLAH menawarkan tanah untuk diwakafkan bagi tujuan pembinaan KTI. Kami sebagai wakil PERKATA/ KTI juga ingin menyeru kepada anda

TOLONG LAH BANTULAH MEREKA. Tanpa anda KTI hanya tinggal hasrat.PIHAK PERTUBUHAN INI IAITU PERTUBUHAN KEBAJIKAN TUNAS AL- QURAN JUGA MENYEDIAKAN JUALAN WAKAF, ANTARA PECAHAN SIJIL ADALAH:
* RM 40 : SEKAKI PERSEGI
* RM 20 : 1/2 KAKI PERSEGI
* RM 10 : 1/4 KAKI PERSEGI
* RM 5 : 1/8 KAKI PERSEGI

KAMI JUGA ADA PRODUK SENDIRI, PRODUK YANG PIHAK PENGURUSAN SEDIAKAN BERASASKAN KOPI YANG DIPANGGIL kopi tunas HARGA SE UNIT (15 SECHET) DITETAPKAN IALAH RM 16 SAHAJA. MENGANDUNGI TONGKAT ALI PLUS SPIRILUNA, UBI JAGA, DAN HERBA PILIHAN. (ARABICCA CAFE).INSYAALLAH, DENGAN BANTUAN PIHAK ANDA, KOMPLEKS TUNAS ISLAM BERJAYA DIBANGUNKAN.SEMOGA ANDA DIPELIHARAKAN OLEHNYA DAN DIBERI RAHMAT DAN KEMULAIANNYA.

JAZZAKUMMULLAHKHAIRANKHATIRAN

"TOLONGLAH MEREKA YANG MEMERLUKAN"

Hubungi wakil dana KOMPLEKS TUNAS ISLAM :

013-9874803

"Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf,Allahmenambahkan kemulian baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendah diri)kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)

"Bersedekah untuk ‘orang sebelah’Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, : “Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang lalu berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memerintahkan bersedekah pada hari ini. Aku memiliki perhiasan dan ingin aku sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak aku berikan sedekah” (al-Bukhari )BukhariHuraian :Bersedekah adalah salah satu amalan sunat yang disarankan oleh Islam. Adalah penting bagi orang yang berharta untuk menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Keikhlasan dan ketulusan menghulurkan sedekah ini amat besar ganjarannya apatah lagi diberi keutamaan kepada ahli keluarga terdekat kerana pemberi sedekah berkenaan akan memperoleh dua ganjaran seperti mana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa-i dan at-Tirmidzi yang bermaksud: "Sedekah kepada orang miskin (akan mendapat pahala) sedekah, sedangkan kepada kerabat (ganjarannya) ada dua, iaitu sedekah dan silaturahim
"TOLONG LAH ANAK YATIM KOMPLEKS TUNAS ISLAM BACHOK KELANTAN"

 

DI SAAT INI KU MENGHITUNG HARI


Di saat manusia berlumba-lumba menikmati kejayaan, kekayaan dan kemewahan di dalam kehidupan, tidak dapat dinafikan juga masih terlalu ramai di kalangan masyarakat kita yang jauh ketinggalan dan tidak direzekikan untuk berjaya mengubah taraf kehidupan mereka walaupun berbagai usaha telah dijalankan. Selain daripada itu ada juga yang ditakdirkan kehilangan ibu dan ayah untuk bermanja di waktu usia masih kecil lagi. Saban hari kita dipaparkan dengan pelbagai kisah keperitan dan penderitaan insan-insan yang malang ini. Kadang kala penderitaan mereka itu sampai ke tahap yang amat memilukan sehingga tidak pernah terfikir oleh kita di zaman yang serba maju dan moden ini, masih wujud golongan yang terlalu daif, hingga melarat serta terpaksa menahan kelaparan, dan berhujan dan berpanas kerana tiada tempat tinggal yang sempurna.
Anak-anak yatim pula hatinya terhiris dan sering menitiskan airmata bila melihat kanak-kanak sebaya dengannya dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Mereka juga ingin merasa pelukan ciuman kasih sayang dari seorang ibu atau ayah. Bagi si miskin pula tercicir air liur mereka melihat oarang-orang di sekeliling menikmati bebagai jenis makanan yang lazat, sedangkan dia hendak merasa nasi sekali seharipun ibarat kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Hatinya sayu setiap kali melintas di hadapan rumah-rumah mewah kerana dia tiada rumah hanya menumpang tidur di mana-mana, kadang-kadang di masjid, kadang-kala di perhentian bas.
Alangkah makmurnya dunia ini, jika semua insan begitu peka dengan permasaalahan ini. Dia sentiasa ingin nikmat yang dimilikinya turut sama dirasai oleh orang lain golongan yang menderita. Bumi ini akan aman bahagia jika ada insan yang turut merasa derita dengan penderitaan orang lain dan turut bersusah payah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik ini. Beruntunglah kita jika ada manusia yang memiliki hati yang gembira bila ada orang yang datang meminta pertolongan dengannya, kerana dia tidak pernah rasa senang dan tenang dalam kemewahan selagi ada orang lain yang masih dalam kepayahan dan keperitan untuk meneruskan kehidupannya. Hingga dia sanggup mengorbankan kepentingan dirinya dan bersusah payah untuk menyelamatkan, menggembirakan dan membela insan-insan yang menderita.
Inilah yang memang sepatutnya dirasa oleh kita semua, tanpa mengira bangsa dan agama. Tanggung jawab ini sudah menjadi kewajipan kita bersama. Hari ini mungkin hari dia tidak mustahil esok kita pula berada di tempat mereka. Hakikatnya tuhan menjadikan kedua-dua golongan iaitu yang kaya dan yang miskin ini ada hikmahnya Sebenarnya kita saling perlu memerlukan Jika tiada seorangpun fakir miskin di dunia ini, tiadalah peluang untuk golongan kaya mendapat pahala dengan menyumbang, bersedekah, memberi zakat dan bantu menbantu.
Adanya golongan yang fakir miskin dan lain-lain golongan yang susah ini sebenarnya menjadi penyebab dan laluan untuk yang kaya mendapat berbagai-bagai ganjaran dan pahala kerana dapat menggunakan harta yang dimilikinya untuk berbuat berbagai-bagai kebaikan dan kebajikan sementara hayat dikandung badan.....
Di dalam menyahut seruan Islam Hadhari yang di laungkan kerajaan, pelbagai pihak makin peka untuk memastikan agar kurangnya jurang perbezaan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia. Ini dibuktikan dengan tertubuhnya badan-badan kebajikan dan pusat atau rumah amal yang menaungi dan membela pelbagai golongan yang kurang bernasib baik dan perlukan bantuan.
Walau bagaimanapun, kita masih lagi sering dipaparkan di dalam bebagai segmen yang disiarkan di televisyen, mengenai kisah-kisah menyayat hati masyarakat di sekeliling kita yang menghadapi kesempitan, kepayahan dan keperitan di dalam kehidupan. Saban hari menekan perasaan agar sentiasa optimis untuk menanti sinar harapan yang mungkin akan mengubah nasib mereka yang diselubungi derita yang tidak semua orang mampu menanggungnya. Mereka hakikatnaya insan istimewa yang dibekalkan kecekalan dan kekentalan jiwa untuk mengharung apa saja mehnah dan ujian yang datang.
Kalau boleh mereka juga tidak suka meminta-minta, biarlah ditelan sahaja dugaan yang menimpa namun untuk meyusahkan orang lain tidak sekali. Mereka juga punya maruah dan harga diri. Cuma kita sebagai insan yang perihatin ada hati dan perikemanusiaan yang tinggi tidak mungkin akan berlepas tangan dalam menangani permasaalahan ini.

 

 

ERTI YATIM HAKIKI


"Bukanlah anak yatim piatu semata-mata tidak ada ayah dan ibu,Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu, Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan,Itu sudah takdir Tuhan yang satu,Tidak ada siapa yang mahu,Tetapi iman dan ilmu wajib dicari kerana ia perintah Tuhan yang Esa,Siapa yang tidak lakukannya adalah berdosaTidak ada ayah dan ibu, kalaupun susah hanya didunia,Tetapi kalau tidak ada Iman dan Ilmu Tuhan murka,Diakhirat masuk Neraka,Tapi kebanyakan orang, tidak ada ayah dan ibu, tidak sukaKerana tidak ada tempat mengadu dan bermanja,Tetapi kalau tidak ada iman dan ilmu, Tidak ada orang yang dukacita,Padahal tidak ada iman dan ilmu,Tuhan murka, masuk Neraka.. lagi bahaya,Sayangnya yang dianggap bahaya dianggap tidak bahaya,Tidak ada ayah dan ibu, semua orang dukacita,Tetapi tidak ada iman dan ilmu kurang yang berdukacita,Itulah akibatnya jika hanya dunia yang dikenali,Akhirat tidak dikenali bahkan dilupa,Padahal Akhirat destinasi yang terakhir sekaliDunia hanya sementara,Oleh itu jangan takut tidak ada ayah dan ibu,Dia bukan yatim piatu yang hakiki,Tapi takutlah jika tidak ada iman dan ilmu,Kerana ia merupakan yatim piatu yang hakiki,Siapa yang menjadi yatiam piatu yang hakikiDi Akhirat amat malang sekali"

 

 

 

 

Photo album

KOMPLEKS TUNAS ISLAM

Date: 2010-05-11
Picture: 0
Folders: 0

PERKATA

Date: 2010-05-11
Picture: 0
Folders: 0

PERKATA(1)

Date: 2009-06-21
Picture: 8
Folders: 0